Cristiano Ronaldo disumpah Syaitan Hari Rabu
PEMENANG FIFA Ballon d’Or 2013, Cristiano Ronaldo mungkin
terlepas beraksi pada pentas terbesar bola sepak dunia di Brazil yang
bermula kurang dari dua minggu dari sekarang.
Ronaldo yang tercedera semasa kemenangan perlawanan akhir Liga
Juara-Juara Eropah bertemu Atletico Madrid, tidak beraksi sejak 25 Mei
akibat masalah tendonitis pada lutut kirinya. Pahanya juga dikatakan
masih mengalami masalah.
Disebalik kecederaan pemain yang digelar CR7 itu, terdapat fakta yang
lebih menggerunkan, seorang bomoh Ghana mengaku bertanggungjawab
memastikan pemain Portugal itu tidak akan beraksi walau seminit pun.
Portugal berada di dalam Kumpulan G yang juga merupakan kumpulan maut bersama Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana.
Bomoh tersebut Nana Kwaku Bonsam, yang namanya bermakna “Syaitan Hari
Rabu” telah meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil
2014 akibat kecederaan sejak bulan Februari lagi.
Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio di Ghana, Bonsam
berkata “Saya tahu dengan teliti kecederaannya, saya kini
memerhatikannya.
“Saya memang serius. Minggu lepas saya telah mencari empat ekor anjing
dan mendapatkan bahan yang saya perlukan untuk memastikan saya dapat
menghasilkan ‘Kahwiri Kapam’ (formula ajaibnya).
“Sudah empat bulan saya berkata yang dia tidak akan beraksi di Piala
Dunia kali ini, atau sekurang-kurangnya memastikan yang dia tidak
beraksi menentang Ghana.
“Kecederaannya tidak dapat di sembuhkan oleh mana-mana doktor kerana
mereka tidak dapat mengesan sebabnya kerana saya menggunakan ilmu ghaib.
Hari ini mungkin lututnya bermasalah, esok pahanya dan kemudian
bahagian lain akan bermasalah pula.”
Pada hari Selasa, Ronaldo hanya mampu berlatih berasingan bersama-sama
rakan senegara Raul Meireles, Beto dan Pepe yang juga tercedera di pusat
latihan mereka di New York sebelum ke Brazil.
Dia juga terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Greece pada hari Sabtu lalu yang berkesudahan tanpa jaringan.
Portugal akan turun beraksi berdepan Mexico pada hari Sabtu ini disusuli Republik Ireland pada Selasa depan.
Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 Jun 17 nanti.
Sumber: Stadium Astro
Category:
0 comments